User Name  Password
Remove ads
Pendidikan Islam
Today | Join | Member | Search | Who's On | Chat Room | Help | Shop | Sign In | | | | Follow Aimoo_Com on Twitter
Make a donation click here. Your support will help us remove ads and upload local images, etc.
Title: Nilai Islam asas bentuk masyarakat majmuk harmoni
Hop to: 
Views:2807     
New Topic New Poll
<<Previous ThreadNext Thread>>
Page 1 / 1    
AuthorComment
Guest
 Author    



(Date Posted:07/27/2008 22:22 PM)
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo

 
Mohd Roslan Bin Mohd Saludin
Fellow IKIM

DIpetik daripada Laman Web IKIM
BERAGAMA adalah fenomena sejagat. Hampir semua masyarakat bertamadun, sedikit sebanyak dipengaruhi oleh pandangan atau pernah melalui proses orientasi agama atau kepercayaan dalam sejarah pembentukan dan pengembangan peradaban mereka.
 

Evolusi sosial mengubah orientasi dan pegangan kepada agama, yang mengakibatkan pemisahan agama daripada pemerintahan seperti yang berlaku dalam sejarah tamadun Barat dan Islam pada satu masa dulu. Namun, ia sama sekali tidak terus menidakkan kewujudan dan peranan agama dalam membentuk nilai dalam sebuah masyarakat hingga kini.

Pemikiran sekular walaupun wujud, contohnya di Barat, nilai agama masih terus bertahan dan berperanan dalam pembentukan masyarakatnya.

Oleh kerana sifat kesejagatan pengaruh agama membentuk nilai dalam masyarakat, maka kajian mengenai masyarakat tidak akan lengkap, tanpa melihat agama sebagai antara faktor yang mempengaruhi pembentukan nilai masyarakat dalam sesebuah negara.

Dalam Islam, nilai agama bertunjangkan kepada tauhid dan bersendikan akidah. Bagi penganut agama Islam, nilai yang mereka pegang berpandukan kepada ajaran dan panduan al-Quran dan sunnah. Oleh kerana sebahagian besar penduduk negara ini beragama Islam, maka tentulah, nilai agama Islam berperanan dalam sejarah dan membentuk masyarakat Malaysia hingga hari ini.

Sejarah mencatatkan bahawa sejak mempunyai kerajaan, penduduk di Tanah Melayu beragama Islam. Undang-Undang Kanun Melaka yang wujud dalam pemerintahan kesultanan Melaka jelas dipengaruhi oleh nilai pegangan Islam dalam masyarakat Melayu pada waktu itu.

Kedatangan penjajah Barat yang menakluki Tanah Melayu mengubah struktur politik negara ini pada waktu itu. Namun, hingga kepada penjajahan British, pengaruh dan nilai Islam tidak pernah terpinggir sepenuhnya dalam pembentukan sistem masyarakat yang membentuk struktur pemerintahan penjajah pada waktu itu.

Kuasa tertentu, khususnya yang membabitkan adat resam dan amalan agama Islam terus diberikan kepada raja yang mereka iktiraf.

Begitu juga dengan keadaan apabila rundingan dengan pihak British sebelum negara memperoleh kemerdekaan. Islam tetap menjadi keutamaan dalam membentuk keputusan masyarakat Islam dan ia diiktiraf oleh British. Hal ini, dibuktikan apabila pemimpin Islam yang memperjuangkan kemerdekaan berpendirian tegas untuk memaktubkan dalam Perlembagaan yang dicadangkan supaya Islam menjadi agama rasmi negara.

Perkara itu juga dipersetujui oleh kaum lain yang mahu turut menjadi anggota kepada negara baru ?Malaysia? yang merdeka.

Sebagai kompromi kepada persetujuan yang dicapai, hak kewarganegaraan diberikan kepada pendatang dari China dan India. Dimaktubkan juga kebebasan mereka untuk terus mengamalkan agama masing-masing dalam ruang lingkup perundangan yang ada.

Mengambil kira masyarakat majmuk di Malaysia, tentulah gabungan nilai yang dapat diterima semua, menjadi pilihan ideal bagi digunakan untuk membentuk masyarakatnya. Namun, oleh kerana Islam menjadi anutan majoriti penduduk di Malaysia, nilai yang ditonjolkan tentulah dikaitkan dengan pegangan agamanya.

Sekadar memberikan contoh di negara ini diperkenalkan sistem ekonomi alternatif yang serasi dengan nilai Islam. Prinsip dan amalan nilai Islam, diterapkan juga dalam pentadbiran.

Nilai lain termasuk usaha membanteras rasuah, membasmi kemiskinan, mewujudkan keadilan sosial, meningkatkan produktiviti, mewujudkan masyarakat berintegriti, pengukuhan institusi keluarga, penekanan kepada pendidikan dan pencapaian ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi. Terbaru kempen mengubah sikap kepada amalan berbudi pekerti tinggi dan amalan nilai murni dalam masyarakat.

Kalau diteliti, nilai itu sebenarnya bersifat sejagat dan ada dalam semua ajaran agama.

Tidak hairanlah, apabila diterapkan nilai Islam dalam masyarakat, tiada penentangan atau bantahan daripada mana-mana kumpulan agama di Malaysia. Semua lapisan masyarakat menerimanya dengan hati dan minda terbuka.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, kebebasan beragama sedia terjamin dalam Perlembagaan negara. Kebebasan ini mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia sejak kita memperoleh kemerdekaan. Kesefahaman kepada pengaruh dan peranan nilai agama itu mewujudkan masyarakat yang mampu bekerjasama dan berinteraksi. Dalam erti kata lain, masyarakat harmoni dalam menangani masalah yang dihadapi.

Bukan Islam, minoriti dalam masyarakat Malaysia pada hari ini juga tidak berasa terpinggir dan diketepikan. Peruntukan dalam Perlembagaan negara sedia memberikan mereka kebebasan dan jaminan untuk mengamalkan nilai yang diajarkan agama masing-masing. Kebebasan ini mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia sejak kita merdeka. Keharmonian ini, seharusnya dipelihara dan dipupuk sepanjang masa serta dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Malaysia mempunyai rekod cemerlang sebagai negara berbilang kaum, agama dan budaya. Ia tidak seperti banyak negara majmuk lain yang menghadapi masalah besar dalam mengimbangi kebebasan pengaruh nilai dan beragama dalam masyarakat. Masyarakat yang gagal menjamin kebebasan beragama akan gagal mewujudkan keharmonian.

Semua agama menyeru kepada kebaikan dan kerukunan dalam perhubungan sesama manusia. Islam, sebagai agama ?yang mensejahterakan? atau ?agama keamanan? sangat menuntut umatnya supaya menghormati sesama manusia, meskipun anutan agama mereka berbeza daripada Islam. Firman Allah bermaksud: ?Wahai orang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.? (Surah al-Maidah, ayat 8)

Dalam soal memelihara keharmonian agama, masyarakat bukan Islam dan Islam mempunyai peranan sama penting. Di pihak bukan Islam, tuntutan mereka perlu munasabah dan rasional untuk mengelakkan pertembungan yang merugikan semua pihak. Sikap emosional, keterlaluan, fanatisme dan terlalu mementingkan diri perlu dibatasi dengan kewarasan dan rasionalisme yang bertunjangkan keadilan untuk semua.

Kalau pun menghadapi masalah, semua pihak harus memilih perundingan dalam menyelesaikannya. Memilih jalan konfrontasi dan bertindak di luar batas kemanusiaan seperti melakukan keganasan harus dielakkan bagi menjamin keutuhan sebuah masyarakat dan negara.

Kegagalan masyarakat dalam mewujudkan keharmonian menyebabkan konflik, yang pada akhirnya membawa kepada krisis kemanusiaan.

Semua agama, Islam, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian mengalami keadaan di mana ia diheret dalam kancah konflik, sedangkan semua agama ini menyeru kepada kedamaian dan kerukunan hidup sesama manusia. Keadaan ini berlaku kerana ?pelampau? yang mengambil kesempatan dalam sesebuah masyarakat. Mereka akan mengambil kesempatan daripada sesuatu yang amat sensitif kepada manusia iaitu nilai agama bagi mencetuskan kekecohan demi memenuhi kepentingan tersembunyi. Agenda sebenar mereka mungkin penguasaan politik atau pemerintahan, ekonomi atau penguasaan wilayah.

Hakikatnya, kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah kalau kita gagal memelihara keharmonian dan nilai yang dibawa oleh agama. Sebagai anutan majoriti, nilai Islam menjadi asas kepada membina keharmonian masyarakat di Malaysia dan seharusnya mendapat sokongan semua pihak.
usertype:6
jww
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo 1# 



From: USA
Registered:03/17/2009

Re:Nilai Islam asas bentuk masyarakat majmuk harmoni
(Date Posted:05/18/2009 19:01 PM)

 He is cute, charming, very wow goldintelligent and wow golda master of disguise. He steals, but only from wow goldthe rich, and marriedwow gold fourwow gold times. He travels around the wow goldworld withwow gold a series of names and his adventures wow goldare the talk of Paris. Who is this fascinating celebrity? It is Arsene Lupine, gentleman-criminal-in-thrillers and wow goldone of France of the best known and most popular literary figures. Created by French writer Maurice Leblanc, lupine first wow gold eurappeared in 1905 in the French magazine "Je Sais Tout" (Everything I Know). The magazine wow gold eurregularly stories associated with the criminal genius, and in 1907 a collection called "Arsene Lupine, Gentleman Burglar." The daring wow goldthief uses a degree of popularity inwow gold order to ensure that Arthur Conan Doyle's Sherlock Holmes. Indeed, Leblanc waswow gold eur himself a great fan of the fictional wow gold eurEnglish detective, and wrote a Holmes-like detective named wow goldHerlock Sholmes in several lupine greatest adventure. Maurice Leblanc, born in northern France in 1864.
usertype:5 tt= 0
Support us

Create free forum and click the links below and your donations will make a difference here.

www.dinodirect.com

A Huge Online Store for Various Cool Gadgets, Accessories: Laser Pointer, Bluetooth Headset, Cell Phone Jammer, MP3 Players, Spy Cameras, Soccer Jersey, Window Curtains, MP4 Player, E Cigarette, Wedding Dresses, Hearing Aids, eBook Reader, Tattoo Machines, LED Light Bulbs, Bluetooth Stereo Headset, Holiday Gifts, Security Camera and Games Accessories and Hobby Gadgets.  
jww
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo 2# 



From: USA
Registered:03/17/2009

Re:Nilai Islam asas bentuk masyarakat majmuk harmoni
(Date Posted:05/18/2009 19:02 PM)

 Our story today is called "Pigs Is Pigs". It was written by Ellis Parker Butler. Here is Shep O'Neal with the story. Mike Flannery, thewow po agent of thewow or Interurban Expresswow geld Company leaned over the desk in the company's office in Westcote LOTR Goldand shook his fist. Mister Morehouse, angry and red, stood on the LOTR goldother side of the desk, shaking with fury. The argument had been long and hot. At last, Mister Morehouse had become speechless. The buy Warhammer goldcause of the Warhammer goldtrouble lay on the deskbuy Warhammer gold between the two men. It Warhammer goldwas a box buy Warhammer goldwith two Guinea Warhammer goldpigs inside."Do as youbuy Warhammer gold like them." shouted Flannery, "Pay for Warhammer goldthem and take them. Or don't pay wow goldfor them and leave them here. Rules are rules, Mister Morehouse. And world of warcraft goldMike Flannery is not going tobuy wow gold break them." "But you cheap wow goldstupid idiot!" shouted Mister Morehouse, madly wow power levelingshaking a thin book beneath the agent's nose. "Can't you wow powerlevelingread it here in your own book of transportationdofus kamas rates? Pets, domestic, Franklin kamas dofusto Westcote, if correctlyLord of the Rings Online Gold boxed, twenty-five LOTRO Goldcents each." He threw the book on the LOTR Golddesk. "What more do you want? Aren'tfly for fun penya they Pets, Aren't they flyff penyadomestic? Aren't they correctly boxed? What?"He turned buy flyff goldand walked back and forthFinal Fantasy XI gil rapidly with abuy cheap ffxi gil furious look on his face. "Pets, " he said,"P-E-T-S, twenty-five cents each, twoffxi gil times twenty-five is fifty. Can you buy Warhammer goldunderstand that? I offer you fifty cents." Flannery reached for the book. He Warhammer goldran his hand through the pages buy Warhammer goldand stopped at page sixty-four. "I don't take fifty cents." he whispered in a non-pleasant voice. "Here's the rule for it.' When the agent be any Warhammer golddoubt about which two rates should be charged on a shipment, he shall charge the larger. The person receiving the shipment may put in a claim for the overcharge. ' In this case, Mister Morehouse, I be in doubt. Pets them animals may be. And domestic they may be. But pigs, I am sure they do be. And my rule says plain as the nose on your face, pigs, Franklin to Westcote, thirty cents each."
usertype:5 tt= 0
Aimoo Team
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo 3# 



Re:Nilai Islam asas bentuk masyarakat majmuk harmoni
(Date Posted:05/21/2009 19:37 PM)

This message has been deleted due to Termination of Account.
Aimoo Team
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo 4# 



Re:Nilai Islam asas bentuk masyarakat majmuk harmoni
(Date Posted:05/21/2009 19:40 PM)

This message has been deleted due to Termination of Account.
Aimoo Team
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo 5# 



Re:Nilai Islam asas bentuk masyarakat majmuk harmoni
(Date Posted:05/21/2009 20:22 PM)

This message has been deleted due to Termination of Account.
Aimoo Team
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo 6# 



Re:Nilai Islam asas bentuk masyarakat majmuk harmoni
(Date Posted:05/21/2009 20:24 PM)

This message has been deleted due to Termination of Account.
Aimoo Team
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo 7# 



Re:Nilai Islam asas bentuk masyarakat majmuk harmoni
(Date Posted:05/21/2009 20:26 PM)

This message has been deleted due to Termination of Account.
<<Previous ThreadNext Thread>>
Page 1 / 1    
New Topic New Poll
Sign Up | Create | About Us | SiteMap | Features | Forums | Show Off | Faq | Help
Copyright © 2000-2014 Aimoo Free Forum All rights reserved.

Get cheapest China Wholesale,  China Wholesale Supplier,  to be a retailer is easy now.
LUFFY LUFFY LUFFY LUFFY LUFFY LUFFY LUFFY
LUFFY LUFFY LUFFY LUFFY LUFFY