User Name  Password
Remove ads
Pendidikan Islam
Today | Join | Member | Search | Who's On | Chat Room | Help | Shop | Sign In | | | | Follow Aimoo_Com on Twitter
Make a donation click here. Your support will help us remove ads and upload local images, etc.
Title: Alam Dan Manusia
Hop to: 
Views:3764     
New Topic New Poll
<<Previous ThreadNext Thread>>
Page 1 / 1    
AuthorComment
Guest
 Author    



(Date Posted:06/13/2008 03:01 AM)
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo

Oleh ZALILA ISA (Dipetik dari Laman Web YADIM)

Hari Alam Sekitar Sedunia (HASS) bukan sahaja dilangsungkan di Malaysia tetapi seluruh dunia sejak tahun 1972 lagi. Setiap tahun HASS disambut dengan membawa tema yang pelbagai dan slogan yang membawa masyarakat untuk menilai kembali situasi
alam sekitar sekeliling mereka di samping berusaha memelihara alam sekitar sebaik mungkin.

5 Jun 2008, HASS mengambil tema "CO2, Buangkan Tabiat Lama! Ke Arah Ekonomi Rendah Karbon" (CO2, Kick The Habit! Towards A Low Carbon Economy). Di Malaysia, tema ini menjadi sesuatu hal yang perlu direnungkan bersesuaian dengan slogan yang digunapakai iaitu ‘menghijaukan bumi kita'.

Bukan mudah mencetus kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar. Slogan demi slogan, dan kempen demi kempen dilaungkan demi menyeru kesedaran umum tentang peri pentingnya menjaga alam sekitar. Amat menyedihkan apabila kempen dan slogan serta usaha-usaha murni beberapa pihak untuk meningkatkan kesedaran tentang alam sekitar hanya habis setakat itu.

Pemanasan global, pasang surut laut yang tidak menentu, pengeluaran karbon yang berlebihan daripada aktiviti ekonomi dan kenderaan, bencana alam yang dahsyat yang mengakibatkan jutaan nyawa terkorban dan kemusnahan harta benda, tidak memberi kesedaran yang cukup untuk masyarakat bangkit mempertahankan keseimbangan alam semulajadi.

Tema HASS tahun ini yang berkisar tentang mengurangkan penggunaan karbon yang berlebihan memungkinkan kita menilai beberapa perkara. Antaranya pembukaan tanah yang tidak terkawal sehingga memusnahkan struktur muka bumi dan aktiviti industri serta kenderaan yang melepaskan karbon secara berlebihan.

Persoalan alam sekitar dan manusia tidak boleh dipisahkan. Dalam Islam, kejadian manusia di dunia di dasarkan kepada hubungan antara manusia dengan penciptanya, manusia dengan manusia dan juga manusia dengan alam. Lingkungan kosmologi dan anthoposentris iaitu perkaitan anatara manusia dengan alam tidak mungkin dapat dipisahkan sampai bila-bila. Allah s.w.t berfirman di dalam surah Al-Baqarah, ayat 29 yang bermaksud;
"Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu".

Jelas, ayat tersebut menyatakan alam dicipta untuk manusia dan manusia diberi kuasa untuk mentadbir alam sebaiknya memandangkan alam memberi kehidupan kepada manusia. Hubungan simbiosis ini tidak mungkin dapat dielakkan. Saling memerlukan dan saling melengkapi.

Manusia memerlukan oksigen bersama-sama dengan hidrogen, karbon dan nitrogen untuk bernafas. Tetapi, oksigen merupakan satu-satunya unsur yang diperlukan setiap minit untuk pernafasan, peredaran, fungsi otak, penghadaman, penyingkiran bahan buangan, pertumbuhan sel dan tisu, serta pembiakan. Oksigen merupakan sumber tenaga yang segera bagi kebanyakan proses metabolisme dalam sel dan tisu. Manakala, gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh manusia harus diserap oleh tumbuhan melalui proses fotosintesis.

Beza antara kedua sistem ini ialah bahan buangannya. Tumbuhan hijau melalui proses fotosintesis dengan bantuan klorofil. Tumbuhan menyerap cahaya dan menukarkannya kepada tenaga kimia. Karbon dioksida dari atmosfera dan air ditukarkan kepada gula dan menghasilkan oksigen sebagai bahan buangan. Bahan buangan inilah yang diperlukan oleh manusia untuk hidup dan bernafas.

Manusia pula menyedut oksigen untuk melalui proses pernafasan yang melibatkan jantung dan paru-paru. Karbon dioksida dibuang dari tubuh dalam bentuk nafas yang dihembus. Karbon dioksida inilah yang diperlukan oleh tumbuhan.

Namun, manusia bukan sahaja menghadiahkan karbon dioksida kepada tumbuhan atas jasanya memberi oksigen kepadanya.Malah, manusia juga menganugerahkan pencemaran dan paling menyedihkan manusia meragut nyawa ‘si pemberi hadiah' oksigen tadi dengan membunuhnya. Manusia jenis apakah kita?

Keterlupaan manusia terhadap peri pentingnya menjaga alam sekitar dan isi kandungannya membuatkan pelbagai bencana berlaku sekaligus meranapkan manusia itu sendiri. Tidak cukupkah dengan paparan kemusnahan itu untuk menyedarkan kita tentang betapa uzurnya alam sekitar hari ini dek kerana kerakusan kita memanipulasikan alam sewenang-wenangnya?

Bencana alam tsunami, taufan Katrina, taufan Nargis, gempa bumi di China, krisis makanan dan beberapa peristiwa yang berlaku baru-baru ini sudah pasti dapat memberi jawapan kepada kita tentang kebinasaan yang segelintir daripada kita melakukannya secara sedar.

Perubahan sikap yang dilaung-laungkan oleh pencinta alam sekitar terhadap manusia yang tidak peka tentang keperluan menjaga alam sebaiknya, seumpama ‘mencurah air ke daun keladi'. Tidak memberi kesan.

Perlukah selepas Tuhan memberi ‘sesuatu' yang pahit untuk kita rasai, barulah kita sedar dan mula mengubah sikap? Mengambil sikap "sudah terhantuk baru tengadah" bukanlah sesuatu yang seronok atau manis untuk dirasai.

Lihat sahaja kesan bencana alam yang meragut nyawa dan harta benda. Kesan itu bukan sahaja dalam bentuk fizikal seperti kehilangan kaki atau tangan atau anggota badan yang lain akibat bencana alam, malah sehingga melibatkan kehilangan nyawa.

Bagaimana pula dengan kesan emosi yang terpaksa ditanggung oleh mangsa yang masih hidup? Meratapi kehilangan orang yang tersayang, merenung harta benda yang musnah dan mengalami gangguan mental yang berpanjangan seperti trauma dan fobia.

Manakala kerajaan pula terpaksa membiayai wang sehingga beratus bilion hanya untuk membaikpulih atau memulihara alam yang kian terancam kebersihannya. Lihat sahaja usaha dari aspek tenaga dan wang ringgit yang banyak terbuang hanya untuk memulihkan sungai-sungai di Malaysia yang kebanyakannya telah diiktiraf sebagai sungai mati. Juga melibatkan pantai dan kawasan-kawasan yang biasa dilanda banjir.

Tidakkah keadaan-keadaan begitu sudah cukup bagi kita untuk menyedarkan diri dan mula prihatin tentang keperluan menjaga alam sekitar?

Itu baru hal sungai dan banjir yang diakibatkan oleh sungai yang tidak ditambak, tebing yang terhakis dan juga longkang yang tersumbat. Belum lagi melihat hal-hal yang berkaitan dengan pencemaran udara dan darat.

Bercakap tentang pencemaran udara, tema HASS iaitu "CO2, Buangkan Tabiat Lama! Ke Arah Ekonomi Rendah Karbon" sudah pasti berkaitrapat dengan Protokol Kyoto yang menyeru negara perindustrian di dunia berikrar untuk mengurangkan pengeluaran gas karbon. Hal ini harus diambil berat oleh semua negara maju terutama Amerika Syarikat. Dan sudah pasti hal ini turut dirasai tamparannya kepada Malaysia sendiri.

Di Malaysia, pembukaan tanah hutan secara besar-besaran yang melibatkan penebangan kayu hutan untuk pembangunan dan pertanian, merupakan penyumbang yang besar kepada pencemaran udara dan pengeluaran karbon. Pembakaran hutan yang tidak dikawalselia dengan betul boleh mengakibatkan jerebu. Jerebu pula mengakibatkan tahap kesihatan yang membimbangkan serta boleh mengundang bahaya yang lain seperti kemalangan dan sebagainya.

Dalam masyarakat, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu seperti Jabatan Alam Sekitar, aktivis dan badan-badan tertentu yang wujud demi memelihara alam sekitar.

Kewujudan pihak-pihak ini memungkinkan berlakunya usaha murni memelihara dan memulihara alam yang semakin tua ini.

Usaha yang dilaksanakan merangkumi paparan secara besar-besaran tentang kemusnahan alam melalui hebahan media bercetak atau eletronik. Hasilnya juga beberapa projek mega yang sedang dalam perancangan untuk dilaksanakan telah dibatalkan dengan alasan projek pembangunan tersebut bakal mengundang bencana alam yang dahsyat jika diteruskan.

Projek-projek yang dilaksanakan berdiri atas nama kemudahan untuk rakyat dan eko-pelancongan ini, seringkali mengenepikan kesan jangka masa panjang terhadap alam sekitar. Antara projek yang mendapat tentangan dan akhirnya ditangguhkan atau dibatalkan ialah projek Janakuasa Arang Batu di Lahad Datu, projek Hub Hidrokarbon di Alor Star, projek pembangunan di keliling Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam di Selangor dan banyak lagi.

Namun, terdapat juga projek pembangunan yang terlepas pandang begitu sahaja sehingga akhirnya menerima kesan yang buruk bukan sahaja pada projek itu sendiri malah kepada masyarakat disekitarnya. Contohnya pembinaan bangunan yang tidak mengambilkira struktur tanah, akhirnya runtuh dan mengorbankan nyawa serta memusnahkan alam sekitar.

Selain paparan media yang banyak membuka mata masyarakat, negara juga bertungkus lumus menyelesaikan masalah yang wujud akibat pembangunan yang tidak dirancang. Melaburkan wang berjuta bilion untuk membaikpulih dan membeli teknologi dari luar untuk memulihkan sistem alam sekitar kita merupakan satu langkah yang boleh dielakkan jika setiap individu membuang sikap buruk terhadap alam sekitar.

Dalam masa yang sama, nilai positif yang wujud akibat daripada kesan pencemaran alam sekitar ialah munculnya teknologi baru yang dihasilkan oleh masyarakat tempatan untuk membendung kehancuran bumi ini. Namun, teknologi baru ini sekalipun mampu membendung alam sekitar daripada tercemar, tetap merupakan satu usaha yang sia-sia sekiranya manusia tidak mengubah sikap dan masih tidak sedar kepentingan alam sekitar.

Oleh hal yang demikian, melalui saluran yang ada di dunia, kesedaran memelihara alam harus diteruskan, digiatkan dan dipraktikkan secara telus dan konsisten. Setiap individu mempunyai peranan yang besar dalam usaha memelihara alam sekitar. Harus diingat juga, usaha memelihara alam sekitar oleh mana-mana individu harus jujur dan ikhlas dalam memelihara alam sekitar dan bukannya dengan niat lain seperti memalukan kerajaan atau mempunyai kepentingan peribadi yang lain.

Suhu bumi yang semakin panas, cuaca yang tidak menentu, bencana alam, kehadiran kesan rumah hijau ‘tambahan' dan pencemaran udara akibat karbon yang berlebihan daripada industri pengilangan dan kenderaan serta jelaga yang berbahaya akibat pembakaran hutan secara berleluasa, menuntut setiap individu memainkan peranan walaupun sekecil zarah.

Melakukan perubahan semasa di jalanraya dengan memastikan jenis pengangkutan yang hendak digunakan. Isu kenaikan harga minyak baru-baru ini menimbulkan keresahan pengguna. Oleh hal yang demikian, pengguna harus bijak menjimatkan perbelanjaan sekaligus memelihara alam sekitar dengan menggunakan pengangkutan awam serta berkongsi kenderaan yang telah disarankan sejak dahulu oleh kerajaan.

Dalam hal ini juga, kerajaan harus menilai semula pengangkutan awam yang disediakan untuk rakyat. Adakah sistem pengangkutan awam sedia ada mencukupi dan memuaskan pengguna atau sebaliknya. Selain itu, mengenalpasti teknologi terkini dalam sistem pengangkutan awam yang boleh dibawa masuk dalam negara demi kesejahteraan rakyat dan alam sekitar.

Pengurangan asap kenderaan yang kaya dengan toksin berbahaya memungkinkan alam sekitar terpelihara. Begitu juga dengan asap rokok yang mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun, asap kilang, asap daripada pembakaran hutan, racun makhluk perosak dan sebagainya juga perlu dihapuskan sama sekali dengan menggunakan alternatif yang lebih mesra alam.

Sambutan HASS tahun ini menyeru kepada manusia agar segera berubah dan bertindak memelihara alam. Usaha yang dilakukan mencakupi meninjau semula falsafah pendidikan sedia ada, memantau projek dan dasar pembangunan negara, hubungan serantau, aktiviti ekonomi, serta menukar gaya hidup moden masa kini kepada yang lebih selamat.

Pemanasan global, perubahan cuaca dan iklim, pencemaran alam dan perubahan bentuk muka bumi akibat bencana alam yang besar serta krisis makanan secara global membuktikan kepada manusia bahawa perkaitan antara manusia dengan alam sangat kuat dan tidak akan terpisah asing antara satu sama lain. Keburukan tingkahlaku manusia terhadap alam dan rasuah antara pemimpin dengan mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi, industri dan pembangunan menyebabkan alam sekitar semakin ‘uzur' dan ‘merajuk'.

Hal ini pernah diingatkan oleh Allah s.w.t melalui surah al-Ruum, yang menceritakan kebinasaan yang berlaku pada alam disebabkan oleh tangan-tangan manusia. Juga melalui surah al-Ahzaab, ayat 72 yang berbunyi;

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

Bencana apa lagi yang ingin dirasai manusia setelah pelbagai kemusnahan alam sekitar yang berlaku sebelum ini, memberi kesan yang sangat buruk kepada manusia. Alam hanya satu dan tiada galang gantinya. Memelihara alam sebaiknya tanggungjawab bersama dan sejagat.
usertype:6
Aimoo Team
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo 1# 



Re:Alam Dan Manusia
(Date Posted:02/01/2009 19:09 PM)

This message has been deleted due to Termination of Account.
Support us

Create free forum and click the links below and your donations will make a difference here.

www.dinodirect.com

A Huge Online Store for Various Cool Gadgets, Accessories: Laser Pointer, Bluetooth Headset, Cell Phone Jammer, MP3 Players, Spy Cameras, Soccer Jersey, Window Curtains, MP4 Player, E Cigarette, Wedding Dresses, Hearing Aids, eBook Reader, Tattoo Machines, LED Light Bulbs, Bluetooth Stereo Headset, Holiday Gifts, Security Camera and Games Accessories and Hobby Gadgets.  
cqx
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo 2# 



From: USA
Registered:11/30/2008

Re:Alam Dan Manusia
(Date Posted:04/09/2009 05:12 AM)

I remember quitewow gold clearly now when wow goldthe story happened.wow power leveling The autumn leavesworld of warcraft gold were floating in wow gold measure down towow power leveling the ground, recovering wherewow gold we used to wow goldunder the sun to shine.
usertype:5 tt= 0
cqx
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo 3# 



From: USA
Registered:11/30/2008

Re:Alam Dan Manusia
(Date Posted:04/09/2009 05:17 AM)

Sometimes our biggescheap wow goldt weakness canworld of warcraft gold become your biggest buy wow goldstrength. Take,buy wow gold for example, thedofus kamas story of onekamas dofus 10-year-old boy Final Fantasy XI gilwho decided to ffxi gilstudy judo despitelotr gold the fact that flyff penyathe had lostbuy flyff gold his left armMaple Story Mesos in a devastating Maple Story mesocar accident.EverQuest 2 gold The boy beganeq2 plat lesson with anRunescape gold old Japanese judoRunescape money master. The boy Runescape Moneywas dong well, Runescape Power levelingso he couldn'tRunescape Gold understand why, afterffxi gil three months of dofus kamastraining, the masterkamas dofus had taught him dofus kamasonly one move.kamas dofus"Mister," the dofus kamasboy finally said,kamas dofus "shouldn't I be dofus kamaslearning more moves?kamas dofus weakness had EverQuest plat growing up I eq platdo not recallEverQuest gold hearing the words everquest 2 gold“I love you”flyff penya from my father.buy flyff gold When your father flyff moneynever says them eve iskto you whenworld of warcraft gold you are a buy wow goldchild, it getscheap wow gold tougher and world of warcraft goldtougher for him wow gold kaufento say thosecheap wow gold words as he wow pogets older.wow orTo tell the buy wow goldtruth, I could chaeap wow goldnot honestly wow goldremember whenbuy wow gold I had last cheap wow goldsaid those words to him either.strength.
usertype:5 tt= 0
cqx
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo 4# 



From: USA
Registered:11/30/2008

Re:Alam Dan Manusia
(Date Posted:04/09/2009 05:23 AM)

A father sat hair straightenersat his desk GHDporing over his chi hair straightenersmonthly bills when replica handbagshis young son wholesale handbagsrushed in and announced,replica designer handbags“Dad, because replica watchthis is your swiss replica watchesbirthday and youreplica rolex watches 55 years old,puma shoes I’m going to nike shoesgive you 55 kisses,womens clothes one for each ed hardy clothingyear!” When the replica handbagsboy started makingreplica watches good on hisDesigner clothing word, the father Designer replica handbagsexclaimed, “Oh,Wholesale jewelry Andrew, don’t Replica rolex watchesdo it now; replica handbagI’m too busy!”Replica HandbagsThe youngsterReplica Watches immediately fell silentreplica designer handbags as tears welled Coach Handbagsup in his big Gucci Handbagsblue eyes. ApologicallyRolex Watches the father said, “You can finish later.”
usertype:5 tt= 0
<<Previous ThreadNext Thread>>
Page 1 / 1    
New Topic New Poll
Sign Up | Create | About Us | SiteMap | Features | Forums | Show Off | Faq | Help
Copyright © 2000-2014 Aimoo Free Forum All rights reserved.

Get cheapest China Wholesale,  China Wholesale Supplier,  to be a retailer is easy now.
LUFFY LUFFY LUFFY LUFFY LUFFY LUFFY
LUFFY LUFFY LUFFY LUFFY LUFFY