User Name  Password
Remove ads
Today | Join | Member | Search | Who's On | Chat Room | Help | Shop | Sign In | | | | Follow Aimoo_Com on Twitter
Make a donation click here. Your support will help us remove ads and upload local images, etc.
Title: KELUARGA BAHAGIA
Hop to: 
Views:8254     
New Topic New Poll
<<Previous ThreadNext Thread>>
Page 1 / 1    
AuthorComment
Anonymous
 Author    



Registered: 04/06/2001
Time spent: 0 hours

(Date Posted:02/08/2007 4:30 PM)
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo

$%*'`[(",)cIkHa(",)]%*'`@4 perkara capai keharmonian rumah tangga Oleh Mohd Shukri Hanapi BAGI kehidupan sebuah keluarga bahagia dan harmoni, perasaan atau emosi suami isteri perlu sebati. Untuk mencapai tahap kesebatian emosi, kedua-duanya perlu hidup dalam suasana diliputi cinta, kasih-sayang, saling memahami dan bekerjasama dalam erti kata sebenarnya. Kejernihan hubungan ini tidak harus dirosakkan atau dicemari sesuatu perkara pun, malahan tiada perkara yang harus menimbulkan kegelisahan mana-mana pihak. Aspek pergaulan antara suami isteri, ibu bapa dan anak serta adik-beradik sama penting dengan asas pembentukan rumah tangga harmoni. Oleh itu, aspek ini perlu diberi perhatian serius setiap pasangan suami isteri dan sesiapa saja yang ingin memasuki alam rumah tangga. Untuk mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga dan kecemerlangannya, pergaulan antara anggota keluarga, terutama suami isteri, perlu diliputi empat unsur iaitu cinta atau kasih sayang, saling memahami, kerjasama dan keikhlasan. Sifat saling menyintai antara satu sama lain adalah suatu unsur yang suci dalam pergaulan suami isteri. Cinta yang dimaksudkan bukan kata-kata manis yang hanya sedap didengar diucapkan oleh lidah tetapi cinta sebenar mempunyai makna lebih mendalam dan luhur tertanam di lubuk hati. Ia juga digambarkan dengan layanan serta pergaulan yang baik lagi mesra kerana tanpa cinta sejati tiada persefahaman, kerjasama dan keikhlasan. Malah, tanpa cinta, perasaan keseronokan, keceriaan dan kebahagiaan sama sekali tidak muncul. Selain itu, dalam usaha mewujudkan persefahaman dalam rumah tangga, pasangan suami isteri tidak perlu bersusah payah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak, cuma menggunakan akal dikurniakan Allah, di samping bersopan dalam tutur kata dan tindak tanduk. Mungkin ada masalah tertentu terpaksa dihadapi sesebuah keluarga atau berlaku perkara tidak diduga. Tetapi dengan persefahaman antara anggota keluarga segala masalah akan dapat diatasi dengan baik. Demikian juga, sikap saling memahami antara satu sama lain, dapat mengelak rasa curiga dan prasangka yang puncanya selalu tidak jelas. Sebuah rumah tangga tidak boleh ditegakkan dengan jaya jika anggotanya tidak menunaikan tugas atau tanggungjawab masing-masing dengan sempurna. Suami isteri perlu saling bantu-membantu untuk membahagiakan keluarga. Suami yang baik tidak akan membiarkan isterinya bertungkus-lumus bekerja di rumah, sedangkan dia tidak membuat apa-apa kerja. Begitu juga isteri yang memiliki harta banyak tetapi sedikitpun tidak mahu menyumbang untuk kebahagiaan keluarga. Suami isteri yang demikian adalah bersifat ?keakuan', tidak sesuai dengan kehidupan rumah tangga yang ingin mencapai kecemerlangan dan kebahagiaan. Sikap seperti ini juga merosakkan kemesraan pergaulan suami isteri dan anggota lain dalam keluarga. Dalam usaha membina sebuah keluarga bahagia, suami isteri semestinya memiliki sifat ikhlas dan jujur, sebagai teras kepada unsur lain kerana tanpa kedua sifat itu boleh mendedahkan keluarga kepada akibat buruk. Rumah tangga akan kerap dilanda pergolakan dan perselisihan faham menyebabkan terhakisnya keadaan tenteram serta tenang yang membawa kebahagiaan kepada keluarga. Firman Allah yang bermaksud, "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara mu rasa kasih-sayang. Sesungguhnya pada yang sedemikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Surah al-Rum, ayat 21). Jika empat perkara yang disebut dan dibincangkan dapat direalisasikan dalam pergaulan suami isteri dan ahli keluarga lain, ikatan serta hubungan kekeluargaan semakin kukuh. Seterusnya kehidupan berkeluarga itu menjadi mantap, ceria dan bahagia. INFO Empat perkara keluarga bahagia # Sifat saling menyintai antara satu sama lain adalah unsur suci dalam pergaulan suami isteri. Cinta sebenar mempunyai makna lebih mendalam dan luhur tertanam di lubuk hati. # Pasangan suami isteri perlu persefahaman menggunakan akal dikurniakan Allah, di samping bersopan dalam tutur kata dan tindak tanduk. Sikap saling memahami dapat mengelak rasa curiga dan prasangka. # Suami isteri perlu saling bantu-membantu untuk membahagiakan keluarga. Suami isteri bersifat ?keakuan', tidak sesuai dengan kehidupan rumah tangga. # Suami isteri semestinya memiliki sifat ikhlas dan jujur, sebagai teras kepada unsur lain kerana tanpa kedua sifat itu boleh mendedahkan kepada akibat buruk.
usertype:6
Anonymous
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo 1# 



Registered:04/06/2001
Time spent: 0 hours


(Date Posted:02/12/2007 5:12 PM)

$%*'`[(",)cIkHa(",)]%*'`@Mentua, menantu serasi jamin keluarga bahagia
Oleh Nor Affizar Ibrahim

Tolak ansur, saling memahami peranan masing-masing mampu elak konflik dalam perhubungan

MEWUJUDKAN sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni memang impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, harus diingat bahawa keharmonian turut membabitkan hubungan mesra dengan keluarga isteri atau suami, khususnya ibu dan bapa mentua.


Keserasian dan menjaga hubungan baik dengan mentua bukan saja penting untuk kebahagiaan, tetapi turut menjadi tanggungjawab besar kepada seseorang yang sudah bergelar suami atau isteri dalam mengekalkan ikatan kasih sayang keluarga.

Mungkin bagi sesetengah orang, mentua sering kali dianggap menjadi penyebab timbulnya konflik dalam rumah tangga. Bagaimanapun, fikiran negatif seumpama itu harus dikikis kerana tidak semua sebegitu, sebaliknya ada mentua boleh menjadi sahabat paling akrab dan benar-benar membantu dalam rumah tangga.

Penceramah bebas, Mohd Noor Mohd Yusofe atau lebih dikenali Yusnor EF's, berkata tidak semua mentua bersikap negatif yang boleh mencetuskan kegoyahan rumah tangga, sebaliknya ada yang bersikap positif seperti bertolak ansur dan memahami. Dengan adanya pengalaman, mentua ada kala mampu menjernihkan rumah tangga anak menantu yang sedang berkocak.

Malah, katanya, ada mentua bukan saja bertindak sebagai penasihat, tetapi tidak pernah membezakan kasih sayang antara anak menantu yang lain.

"Memang ada mentua yang cuba campur tangan rumah tangga menantu seperti menghasut, memandang kecil kepada menantu dan sebagainya. Sehinggakan, ada mentua yang hanya sayangkan cucu saja sedangkan menantu langsung tidak pandang. Tetapi kadang-kadang menantu juga ada buat salah," katanya ketika memberi ceramah bertajuk Peranan Menantu, Ibu Bapa dan Mentua menerusi seminar Realiti Perkahwinan pada Kursus Bersiri Pembangunan Keluarga.

Kursus bersiri anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu diadakan di LPPKN di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yusnor yang menjadikan filem dan muzik sebagai rujukan dalam setiap sesi ceramah turut menayangkan visual filem era 60-an dan 70-an bagi membuktikan bahawa masalah yang wujud antara mentua dan menantu bukan saja fenomena hari ini, tetapi sudah berlaku sejak zaman dulu lagi.

Beliau berkata, konflik atau hubungan yang tidak baik antara mentua dan menantu dikatakan semakin memuncak apabila mereka tinggal serumah. Meskipun hari ini jarang anak menantu dan mentua memilih tidak tinggal serumah, konflik rumah tangga akibat campur tangan mentua masih tetap berlaku.

"Konflik hubungan antara menantu dan mentua bukan saja berlaku pada zaman dulu, tetapi juga sekarang. Bagaimanapun, jika menantu atau mentua memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing, sebarang konflik rumah tangga yang boleh membawa kepada perceraian tidak akan timbul. Paling penting, apabila berlaku konflik perlulah bertenang dulu dan jangan mendengar sebelah pihak saja kerana masing-masing ada kelemahan," katanya.

Yusnor berkata, lazimnya apabila bakal menantu tidak mampu menjalin hubungan yang baik dengan bakal mentua sebelum berkahwin, keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan hubungan dingin antara mereka berterusan.

Sedangkan, katanya, hakikat yang perlu diterima seseorang sebaik saja diijab kabul, tanggungjawab dan peranan semakin bertambah. Justeru, sebagai menantu, ada baiknya jika hubungan baik dengan bakal mentua dibina sejak awal iaitu sebelum berumah tangga lagi.

"Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai suami atau isteri yang sah. Pasangan sebenarnya bukan hanya berkahwin dengan lelaki atau wanita yang dicintai, bahkan seluruh anggota keluarganya," katanya.

Untuk memastikan adanya ikatan mesra sejak awal, ada baiknya pasangan berkenaan mencari sebanyak mungkin maklumat mengenai keluarga suami, ibu bapa atau adik beradiknya. Apabila berkahwin kelak, menantu turut digalakkan untuk bertanya khabar dengan mentua dari perkara kecil seperti apa yang dilakukan hari ini dan sebagainya.

"Sebagai menantu juga kita perlu pandai mengambil hati. Anggaplah mentua seperti ibu bapa kandung sendiri. Mentua juga perlu mendapat layanan dan kasih sayang sama rata seperti mereka. Contoh paling mudah jika kita membeli barang kepada ibu kandung kita sendiri, mengapa tidak kita membeli barang yang sama kepada mentua," katanya.

Bagi anak pula, beliau menasihatkan supaya tidak lupakan tanggungjawab kepada orang tua walaupun selepas berkahwin. Selain itu, anak juga tidak boleh terlalu berkira dengan ibu bapa misalnya, jika duduk serumah janganlah asyik merungut kerana sikap seperti itu boleh menyebabkan orang tua tersinggung.

Kesimpulannya, kata Yusnor, tiada perselisihan yang tiada jalan penyelesaian. Setiap orang ada melakukan kesilapan, tetapi penyelesaian kepada masalah itu bergantung kepada setiap individu termasuklah konflik antara mentua dan menantu.

INFO

Peranan menantu yang positif dan mampu menjalinkan hubungan baik dengan mentua:

# Hormat dan selalu bertanyakan khabar.
# Jangan dengar hasutan.
# Jangan berat sebelah.
# Pandai ambil hati dan bukan menyakitkan hati.
# Jangan lekas mengadu.

Peranan negatif mentua terhadap menantu yang boleh menimbulkan konflik:

# Suka adu dombakan keluarga termasuk ipar duai.
# Menghasut suami/isteri sehingga menerbitkan perasaan serba salah kepada pasangan.
# Berpura-pura baik dan tidak ikhlas menyayangi serta menghormati mentua.
# Sentiasa mendahulukan orang lain daripada mengutamakan menantu.
usertype:5 tt= 0
Support us

Create free forum and click the links below and your donations will make a difference here.

www.dinodirect.com

A Huge Online Store for Various Cool Gadgets, Accessories: Laser Pointer, Bluetooth Headset, Cell Phone Jammer, MP3 Players, Spy Cameras, Soccer Jersey, Window Curtains, MP4 Player, E Cigarette, Wedding Dresses, Hearing Aids, eBook Reader, Tattoo Machines, LED Light Bulbs, Bluetooth Stereo Headset, Holiday Gifts, Security Camera and Games Accessories and Hobby Gadgets.  
Anonymous
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo 2# 



Registered:04/06/2001
Time spent: 0 hours


(Date Posted:02/23/2007 11:50 AM)

$%*'`[(",)cIkHa(",)]%*'`@Ibu bapa penentu peribadi, akhlak anak

SIKAP ibu bapa menjadi paksi yang akan menentukan kualiti anak. Keikhlasan, sikap positif, terbuka, sabar, prihatin, suka mendengar, tidak mudah menyanggah akan menyediakan iklim yang sihat untuk mendidik anak.


Sikap prihatin terhadap perkembangan anak, penampilan diri, sentiasa mengambil berat, selalu berbincang melahirkan hubungan yang mesra dan secara tidak langsung meningkatkan kepercayaan anak kepada ibu bapa.

Kelainan peribadi anak, faktor usia, pengaruh luar akan menyulitkan tugas untuk menjadi ibu bapa berkesan kerana berdepan dengan anak kecil tentulah tidak sama apabila ibu bapa berhadapan kerenah remaja.

Ibu bapa perlu memahami sikap dan kemahuan anak yang inginkan perhatian dan saling berhubung (berkomunikasi). Ada kalanya anak menunjukkan sikap memberontak dan ibu bapa perlu mahir dalam tindak balas mereka.

Masalah anak menjadi kronik disebabkan ibu bapa tidak memahami sikap anak dan suka melabel anak dengan nilai negatif. Kemahiran berkomunikasi iaitu boleh menyampaikan dan mendengar dengan berkesan.

Dalam proses interaksi, ibu bapa adalah pemimpin yang patut mengemudi supaya suasana menjadi gembira, aman dan tiada tekanan. Tingkatkan empati dan kesabaran dalam berkomunikasi, lebih lagi apabila berlaku konflik antara ibu bapa dan anak.

Anak mempunyai ragam dan perangai berbeza. Apabila timbul konflik, cara penyelesaian terbaik ialah duduk berbincang kerana kedua pihak tidak boleh mengharap pihak satu lagi memahami kehendak mereka. Beri peluang anak meluahkan perasaan dan jadilah pendengar yang baik.

Ibu bapa perlu selalu mengukur diri bagi membentuk imej yang boleh menjadi teladan kepada anak kerana imej itu akan mempengaruhi perkembangan mereka.

Contohnya, apabila kita bertanggapan bahawa kita seorang ibu atau bapa yang tenang, sabar dan sentiasa cuba mengawal diri, sudah pastilah perkara ini akan mencorakkan tindakan anak.

Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik untuk anak membuat penilaian terhadap imej ibu bapa mereka. Jika imej terpancar itu positif, anak akan mudah mendekati ibu bapa dan hubungan mereka terpelihara.

Sentiasa memberikan anak motivasi. Ini bermakna ibu bapa perlu mempunyai motif, matlamat, niat dan niat untuk bertindak. Ibu bapa perlu memiliki hasrat dan matlamat yang tinggi untuk menjadi ibu bapa yang berkesan. Perkara inilah yang akan mendorong ibu bapa berusaha untuk mencapai cita-cita.

Terdapat banyak cara untuk meningkatkan motivasi ibu bapa seperti menjadikan kejayaan anak sebagai matlamat, iktiraf kejayaan yang dicapai, walaupun tidak sebesar mana dan bersedia berkongsi masalah.

Kesan globalisasi dan arus kemajuan masa kini boleh membawa padah kepada anak jika tiada kawalan. Keruntuhan akhlak generasi masa kini amaran yang akan terus menjadi buruk jika ibu bapa, tidak mampu mendidik mereka melawan ancaman yang boleh merosakkan anak.

Kesimpulannya, ibu bapa kini harus bersedia dan menyiapkan diri untuk menjadi ibu bapa yang berkesan. Sentuhan mahir ibu bapa mampu mengubah dunia. Mereka perlu sentiasa bersedia berhadapan dengan apa juga masalah dan kemungkinan.

Ibu bapa perlu merenung ungkapan hikmat ini: "Bukanlah anak yatim itu anak yang kematian ayah bondanya dan yang melarat dalam kemiskinan. Tetapi yang dipanggil anak yatim itu adalah anak yang ibunya tidak mempedulikannya dan ayahnya sibuk dengan urusan."


usertype:5 tt= 0
Anonymous
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo 3# 



Registered:04/06/2001
Time spent: 0 hours


(Date Posted:03/10/2007 1:02 PM)

$%*'`[Fiezie]%*'`@KUPU KUPU SYURGA

Perhatikan keistimewaan yang bakal diperolehi apabila
Anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau Kupu-kupu syurga;

1.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuanya,
Darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
Takutkan Allah. Orang yang menangis kerana takutkan
Allah diharamkan oleh Allah akan api Neraka ke atas tubuhnya.

2. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu di balas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

3. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

4. Barangsiapa keluar ke pekan Muslimin Dan membeli barang-barang Dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah Dan tidak diseksa di Akhirat Kelak.

5. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

6. Aqrak pernah terlihat Nabi s.a.w. mencium cucu Baginda Hassan. Aqrak berkata: "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium". Sabda Nabi s.a.w.; "Orang yang tidak Menyayang tidak pula akan disayang".

7. Barangsiapa ke pasar Dan membeli sesuatu barang Untuk ahli keluarganya Dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8. Suruhlah anak-anakmu sembahyang ketika umurnya tujuh tahun dan pukullah dia kerena meninggalkan sembahyang apabila berumur sepuluh tahun, pisahkan anak-anak perempuan dalam tempat tidur mereka.

9. Seorang lelaki ber tanya; "Ya Rasullullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata Lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi". Sabda Nabi s.a.w.; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, Ibu bapa berhak terhadap dirimu Dan anak mu pula berhak Atas dirimu".
usertype:5 tt= 0
Anonymous
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo 4# 



Registered:04/06/2001
Time spent: 0 hours


(Date Posted:04/27/2007 8:33 AM)

$%*'`[(",)cIkHa(",)]%*'`@7 CIRI GAMBARKAN KELUARGA BAHAGIA

KELUARGA Muslim perlu diwujudkan kerana sering kali kita mendengar masyarakat mengaitkan gejala keruntuhan rumah tangga dan akhlak di kalangan remaja akibat kegagalan sistem kekeluargaan.


Peranan keluarga Muslim dalam membentuk keluarga bertakwa sememangnya tidak dinafikan. Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka." - (Surah al-Tahrim, ayat 6)

Keluarga Muslim ada identitinya tersendiri yang mewujudkan suasana penghayatan Islam di dalam rumah tangga menerusi aktiviti yang menjurus ke arah menerapkan nilai Islam.

Aktiviti itu seperti menghidupkan sembahyang berjemaah, membaca al-Quran bersama di rumah, membaca buku agama beramai-ramai, makan bersama dan memberi salam ketika masuk atau meninggalkan rumah.

Dalam erti kata lain, sesebuah keluarga berperanan mewujudkan suasana kerohanian, kepatuhan terhadap pelaksanaan syariat, penerapan nilai mulia dan adab keislaman dalam diri dan ahli keluarga.

Keluarga Muslim juga ialah keluarga yang sentiasa menjauhkan makanan haram dan syubahat. Setiap ahli rumah tangga Muslim itu takut kepada perkara haram seperti takutnya seseorang kepada ular berbisa yang mencari mangsa.

Isteri hendaklah sentiasa mengingatkan suaminya supaya jangan mencari rezeki yang haram untuknya dan anaknya walau sebesar biji sawi sekalipun.

Keluarga Muslim juga menitikberatkan kesihatan dan ibu bapa diingatkan supaya tidak memberi makanan atau minuman berlebihan tetapi ia disediakan secara sederhana, sekadar memenuhi keperluan tenaga dan pembesaran.

Selain itu, sesebuah keluarga hendaklah sentiasa melihat tanda-tanda penyakit yang ada pada keluarganya supaya ia dapat dicegah lebih awal. Peka terhadap pencegahan penyakit adalah antara ciri utama kepada sebuah keluarga bahagia.

Keluarga Muslim juga mementingkan pergaulan baik antara ahli, suami bergaul dengan penuh adab sopan dengan isteri, jangan mengeluarkan kata kesat atau menyakitkan hati isteri. Apabila isteri melakukan kesilapan, maka hendaklah diperbetulkan dengan baik dan bijaksana.

Bagi pihak isteri pula, hendaklah sentiasa melayan suami untuk mendapat keredaan Allah, tidak mudah melenting, mengamuk apabila kehendaknya tidak dituruti, sentiasa menjaga kehormatan diri, suami dan keluarga, menghargai pendapat suami dan meluangkan masa untuk bermesra dan memberi layanan kepada suami dan anak.

Bagi anak pula, wajib berbuat baik terhadap ibu bapa kerana ibu bapa sanggup berkorban apa saja demi keselamatan dan kesejahteraan anaknya. Ibu bapa sanggup bersusah payah bekerja siang dan malam, menggerakkan segala usaha dan tenaga, yang semua itu adalah untuk kebahagiaan anaknya.

Keluarga Muslim sentiasa mewujudkan suasana kedamaian dan sekali gus menjauhkan permusuhan, zalim menzalimi antara satu sama lain dan tidak memutuskan hubungan silaturahim. Adalah menjadi kewajipan bagi suami dan isteri menghubungkan silaturahim dengan kerabat daripada kedua-dua belah pihak.

Keluarga Muslim sentiasa mewujudkan suasana kegembiraan, ada gurau senda, sabar dan reda dengan segala qada dan qadar Allah. Sekiranya kita dapat mengukir senyuman pada saat kritikal, perbuatan itu dapat membantu menenangkan fikiran.

Di samping itu, Islam menggalakkan ahli keluarga mengadakan aktiviti rekreasi secara bersama bagi menimbulkan kesan positif ke arah kesihatan mental dan fizikal. Setiap keluarga wajar mengatur program berkelah ke tempat rekreasi atau lawatan di dalam atau ke luar negeri mengikut kemampuan keluarga.

Keluarga Muslim sentiasa menitikberatkan kebersihan kerana Islam amat menyukai orang yang cintakan kebersihan serta menjaga kebersihan diri. Oleh itu, Islam menyuruh umatnya membersihkan badan seperti mandi, memotong kuku, mencukur bulu dan berkhatan untuk mengelakkan diri daripada mendapat pelbagai penyakit di samping lambang kecantikan, kekemasan, kebersihan dan nilai personaliti orang Islam.

Berdasarkan huraian di atas, ada tujuh ciri menggambarkan keluarga itu adalah keluarga Muslim iaitu menghayati ajaran Islam, menjauhi makanan syubahat, menitikberatkan kesihatan, menghindari penyakit, mewujudkan pergaulan baik, mewujudkan suasana kedamaian dan kegembiraan.

Oleh Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. - Penulis ialah Pensyarah di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
usertype:5 tt= 0
Guest
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo 5# 



Re:KELUARGA BAHAGIA
(Date Posted:11/10/2009 8:27 PM)

 jelaskan tanggungjawap suami isteri secara bersama bagi tujuan mewujudkan keluarga bahagia?
usertype:5 tt= 0
<<Previous ThreadNext Thread>>
Page 1 / 1    
New Topic New Poll
Sign Up | Create | About Us | SiteMap | Features | Forums | Show Off | Faq | Help
Copyright © 2000-2014 Aimoo Free Forum All rights reserved.

Get cheapest China Wholesale,  China Wholesale Supplier,  to be a retailer is easy now.
LUFFY LUFFY LUFFY LUFFY LUFFY LUFFY LUFFY
LUFFY LUFFY LUFFY LUFFY LUFFY